Monday, 13 June 2011

perkemahan di Pasir Lanun part 1

Sejarah sekali imbas Pasir Lanun


MERSING Keindahan dan keunikan Pantai Penyabong tidak dapat dinafikan lagi kerana ia sememangnya menjadi sebutan ramai pengunjung yang pernah merasai sendiri pengalaman dan keseronokan bersantai di pantai berkenaan.
Namun sebenarnya terdapat satu lagi pantai yang lebih cantik dan menarik di Mukim Penyabong iaitu Pantai Pasir Lanun.Walaupun namanya agak pelik, jika berkunjung ke Pantai Pasir Lanun pasti pengunjung terpaut pada suasana dan persekitaran pantai tersebut yang begitu mengasyikkan.
Terletak dalam mukim Penyabong iaitu kira-kira 25 minit dari bandar Mersing, pengunjung boleh tiba di Pantai Pasir Lanun selepas melalui beberapa kampung tradisional seperti Kampung Baru, Kampung Sisek, Kampung Teluk Sari dan Kampung Tanjung Resang.
Sebelum sampai ke destinasi itu, pengunjung perlu melalui jalan Rompin-Endau-Penyabong atau jalan Mersing-Tanjung Resang-Penyabong.
Apabila sampai di Pantai Penyabong, pengunjung seterusnya perlu menyusuri jalan yang agak kecil melalui dusun dan tanah milik penduduk tempatan untuk sampai ke destinasi berkenaan.
Terdapat kemudahan chalet dengan kadar sewa yang berpatutan disediakan kepada pengunjung antaranya Chalet Coconut Beach Resort dan Chalet 4B yang sering menjadi tumpuan pengunjung ke pantai tersebut.
Pengunjung perlu membuat tempahan awal sekiranya berhasrat untuk bermalam di chalet yang terdapat di Pantai Pasir Lanun atau bagi mereka yang gemar aktiviti berkhemah, terdapat juga tapak perkhemahan yang disediakan dengan kemudahan lengkap seperti bilik air, tandas dan tempat meletak kenderaan.
Pantai Pasir Lanun dikatakan mendapat nama daripada kisah lanun-lanun yang merompak kapal dagang di Laut China Selatan dan menyembunyikan harta rompakan di sebuah gua di pantai itu malah dipercayai sehingga kini ia masih ada tetapi tiada yang berani meneroka kerana sebahagiannya telah tertimbus. Menurut rakan saya yang pernah menjadi tentera pada tahun 80han mereka pernah di tugas untuk cuba mencari dan meyelidik bekas peninggalan tersebut. bagaimanapun mereka tidak dapat menjumpai apa-apa peninggalan dari lanun tersebut.
Tidak lengkap datang ke Pantai Penyabong jika tidak mengunjungi Pantai Pasir Lanun untuk bersantai bersama keluarga.
Terdapat juga sebuah kelong yang sangat digemari oleh kaki pancing kerana terdapat banyak spesies ikan seperti ebek, jemuduk, jenahak dan lain-lain.
air di sini sagat jernih dan bersih.




destinasi kami kali ini adalah Pasir Lanun. Tanggal 10/6/2011 kami telah memulakan satu aktiviti perkemahan di Pasir Lanun. sebanyak sepuluh ringgit telah di punggut setiap orang untuk penyediaan makanan dan juga minuman. diantara menu utama adalah ayam barbeku, lontong, kuah kacang, lodeh, ayam masak kicap, sandwich dan udang goreng kentucky. boleh tahan juga makanan kali ini.



berkumpul untuk memulakan perjalanan. masing masing penuh dengan segala peralatan cangih mangih le gamaknye.




antara kereta paling busy sekali kerana inilah kapal kargo kami yang tak pernah lekang dek hujan, lapok dek panas. kereta baharu lepas polishlah ni.






pemandangan dari kenderaandalam perjalanan ke penyabong.



pemandangan selepas hujan lebat.





kami tiba hari dah petang. cuaca mendung.



di sini ada banyak pulau. ada Pulau tengah, pulau


persiapan menyediakan tapak khemah. ada yang sibuk, buat-buat sibuk, penyibuk tapi mesti ada directornye



dah siap khemah!!. macam main pondok pondok masa I keciklah.



teka? ini masak ape. nilah masak sos BBQ yang nak buat makan malam


ini orang yang dah tak sabar nak mandi sebab belum mandi lagi.

No comments:

Post a Comment